Tuesday, March 22, 2011

Kata-kata Itu Lembut



Kaya harta & hidup mewah tak semestinya menjamin kebahagiaan hidup tetapi kaya hati dan iman itulah yang membahagiakan kita untuk selamanya...

Kekasih pilihan Allah...hidupnya sentiasa dihadiahkan dugaan tanda kasihNya.Tak dibiarkan terlena dalam dakapan dunia tetapidihidangkan dengan kepayahan & keperitan....Begitu indah jika dapat menjadi kekasih Allah,secuit payah selamanya di syurga...

Insan yang amat disayangi......tak terasa bila dia pergi,tetapi sayu bila dia tak kembali...Kenangan yang berlalu tak usah dikenang...Mencari dengan hati yang suci lebih baik daripada memiliki tetapi tidak menghargai..

Belajarlah bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu.Bersyukurlah pada orang yangtidak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikarimu.Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...

1 comment: