Friday, February 25, 2011

syurga untukmu


kemaruk drama plak.. aisehh..ustazah2xx... bila tgk drama ni ttg kisah seorang ustaz yg menikah janda susah n beranak ramai.. ana tertanya2 zaman sekarang ni wujud kah lagi kaum muslimin yg sanggup mengahwini perempuan tua dan beranak ramai.. hmm..ntah knapa tetibe terpikir.... kalo wujud, alhamdulillah....

bila meneliti sirah Rasulullah s.a.w, selepas isteri baginda Siti Khadijah meninggal dunia barulah baginda mencari pengganti. Itupun seorang janda tua bernama Saudah binti Zam’ah yang tidak mempunyai keinginan lagi. Tiga orang isteri Nabi yang lain Ummu Salamah (mempunyai ramai anak), Zainab binti Khuzaimah (WAFAT SETELAH BERKAHWIN SELAMA TIGA BULAN), Maimunah al-Hilaliyah, mereka semua adalah wanita tua dan miskin yang dikahwini kerana tujuan menolong bekas isteri para sahabat Nabi s.a.w. yang telah gugur syahid. Ketika itu umat Islam hidup dalam kesusahan, ditindas dan tertekan. Ramai wanita yang menjadi janda selepas peperangan Badar dan Uhud. Rasulullah s.a.w. memberi teladan supaya kaum muslimin yang kuat sudi menolong para janda yang miskin ini menjadi anak-anak yatim mereka.

kita selalu lihat para orientalis yang membenci Islam telah mereka-reka sejarah dan menyebarkan ftnah besar kpd baginda s.a.w. namun para pengkaji sirah Rasulullah s.a.w telah menemukan fakta tentang kesucian Rasulullah s.a.w. jika para suami mahu meneliti perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan isteri2 baginda, pasti ramai tidak sanggup untuk mengikuti sunnah baginda untuk berpoligami...
konklusinya, jangan kita salah gunakan agama untuk kepentingan peribadi..wallahua'lam..



No comments:

Post a Comment