Assalammualaikum…
AKU TAK BOLEH LUPAKAN DIA !!!!
Al-Kisahnya hr ini ingin ku kesahkan mengenai Perpisahan dalam percintaan…
( AKU TAK BOLEH LUPAKAN DIA..)…
Fitrah manusia dianugerahkan dengn perasaan sayang..
Seringkali kita dengar…………..
· “dia bercinta…” ….
· “Lama sangat dia bercinta..tp dh putus dah..”……
· “ Aku xboleh lupakan dialah..terlalu lama perhubungan aku dan dia..”
Kerapkali juga kita dengar mengenai CINTA dan PERPISAHAN…dan mungkin juga pernah berlaku ke atas diri kita…yerr..aku sendiri pernah alaminya…
Perpisahan…
( dimaksudkan mengenai perpisahan antara sesame insan yang bercinta..)…
Sememangnya sesuatu yang sangat menyakitkan…
Sememangnya suatu perasaan yang sangat menggores hati…
Pabila berlaku Perpisahan…ianya akan membawa kepada “putus asa” dan…
sehingga terseksa jiwa dan raga…
Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata…
“Aku tidak boleh hidup tanpa dia”…
Seperti apa yang pernah aku lalui…aku akui…aku mula hilang kesabaran..dan aku lupa tentang diri pabila berlaku perpisahan…
Seringkali timbul di ruang hati ini…”
apakah niat sebenar nya berbuat demikian kepada aku..?? ”
Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin..???
Adakah ingin menganiaya aku..???
Adakah tiada rasa cinta nya lg pada aku..???
Ataupun kecewa dengan sikap aku..???
Sudah puas aku fikirkan…
Sudah puas aku rungkaikan…
Sudah penat aku kerahkan segala macam perasaan utk mendapat tahu puncanya….
tetapi..kini aku sedar…
Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya….
Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati...
Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah dengan panjang dan akibatnya dan
lakukannya kerana ALLAH…
Adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya…??.. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah---cukuplah berkenal-kenalan dengan cara sebenar)..
kerana CINTA manusia tidak kan kekal….
hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya…
Seperti Firman ALLAH S.W.T…
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Al Anbia’ 35
Harapdan berusahalah utk diserapkan dan disematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diri kita. Itulah yang sebenar-benarnya dan untuk selama-lamanya…
Tetapi..Seringkali aku fikirkan…Mengapakah seringkali dan kerapkali aku mengatakan..
“ AKU TIDAK BOLEH LUPAKAN DIA..??”…
Jawapannya... :- Ia berlaku kerana aku terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi
dengan cinta si dia dan bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH....
Bila ini berlaku..aku terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya..
Subhanallah…Astaghfirullah hal azim…. (-_-)
Terlalu hinanya diriku bila difikirkan kembali…
Tetapi aku bersyukur kini…Aku tahu ALLAH sygkan aku..maka aku diberikan UJIAN ini…
Seharusnya aku bersyukur dengan segala apa yang menimpa…
Aku bersyukur kerana dengan ujianNYA ini...
Aku tidak pergi kearus yg lebih jauh..kearah jalan yg tidak sesekali mendapat keredhaanNYA…
Suyukur Alhamdulillah…
Aku ku semaikan dalam hati agar tidak mudah putus asa hanya dengan UJIAN sekecil ini…
Akan ku taburkan kekuatan dalam diriku dengan mengingati ALLAH....
“Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.
…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Yusuf : 87
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa… Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita…
Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi….
Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya……
InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur……
Thank You ALLAH…
Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini…..
Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH…..
Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur…
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
AnNisa’147
Sedarilah, kita pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia…
Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita…. InsyaAllah, selamilah hati kita disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH…
Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan…Sekiranya tiada diDUNIA…akan ada di AKHIRAT…InsyaALLAH…
Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup....
Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman..
Sedangkan Nabi ADAM juga kesunyian dan perlukan seorang teman…
Lalu di ambil tulang rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaituHawa…..
Cintailah sepenuhnya dengan sebenar2 erti kata sayang dan cinta terhadap insan yang sudah bergelar
suami atau isteri..
Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga..
( Perasaan yang dihalalkan ALLAH S.W.T.. )…
Tetapi tetapkanlah hati pada yang SATU iaitu ALLAH S.W.T...
Itulah hak yang sebenarnya...
. Ketaatan dan ingatan di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH S.W.T.
Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula….
Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal…( Mati ) Sudah pasti ia tidak dapat di elak dan di tangguh…waima sesaat…
Tetapi kini…
Persoalannya : Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya….???????
Tepuk dada tanya IMAN…
Pastikan kita bersedia…
Kita yg hidup ni, marilah kita teruskan kehidupan dengan mencari keredhaan kepada ALLAH...
Janganlah hanya kerana terpisah dengan manusia yang kita sayang…kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH..( CINTA ILLAHI )... ALLAH lebih berhak untuk diingati dan ditangisi… dan janganlah kita lupakan DIA...
JANGANLAH SEKALI-KALI WAIMA SESAAT KITA LUPAKAN DIA…ALLAH S.W.T…..
No comments:
Post a Comment