Tuesday, November 23, 2010

Di Sisi Tuhanku, Cahaya Untuk Ku

ya 
aku 
hambaNya 
punya dosa 
terpalit noda 
sejarah yang nista 
takkan habis dikira 
masihkah punya harapan 
untukku kembali ke pangkal 
mencari sisi cahaya Tuhan? 

Allah Maha Penerima Taubat 
nur keampunan tidak terhad 
ku rintihkan dalam sujud 
tangisku berlinangan 
penyesalan diri 
seikhlas hati 
ampunkanlah 
dosaku 
tuhan 
ku 


Ah, 
sepi. 
Fikiran, 
kekeringan. 
Hilang harapan, 
putus pertalian. 
Mana teman mulanya? 
Dahulu hangat selesa, 
Kemudian hilang di tengah, 
Entah siapa pula di hujung. 

Kenapa ditimpakan ini padaku? 
Bukankah kesunyian membaja ragu? 

Kalau mahu diikutkan rasa, 
Biar hilang dari dunia. 
Mungkin lenyap dosa lama, 
pergi bersama lara. 
Tapi ini bukan, 
cuba-cuba. 
Terima, 
takdir- 
Nya

No comments:

Post a Comment