Sunday, March 13, 2011

seandainya tuhan mengizinkn,ingin aku membahagiakn hidupmu semula...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal..



Suatu hari, aku beranikan diri untuk mengatakan keputusan aku kepadanya, bahawa aku inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Sayang letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang sayang inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan aku semakin bertambah,seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh aku harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Sayang?" aku merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Sayang ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Sayang, Sayang akan mengubah fikiran Sayang; Seandainya, sayang menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Sayang?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati aku terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan aku menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebekas coklat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati aku. Namun, aku masih terus ingin membacanya.
"Sayang boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Sayang untuk memperbaiki program tersebut."
"Sayang selalu lupa membawa kunci rumah ketika Sayang keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Sayang ketika pulang." "Sayang suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Sayang kunjungi, Abang harus mencari Sayang dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Sayang pulang ke rumah."
"Sayang selalu sengal-sengal badan dan sakit perut sewaktu 'teman baik' Sayang datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut Sayang ketika itu."
"Sayang lebih suka duduk di rumah dan Abang selalu risau Sayang akan menjadi 'bosan'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Sayang dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Sayang selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Sayang, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Sayang, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmata sayang mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai lelaki yang boleh mencintai sayang lebih daripada Abang mencintai Sayang."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Sayang. Abang tidak akan menahan diri Sayang mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan sayang."
Airmata aku jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, sayang telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Sayang puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Sayang." "Tetapi, jika Sayang tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidup sayang. Percayalah, bahagia Abang bila Sayang bahagia." aku terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu aku segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang air milo dan roti kesukaanku..

Kini aku tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai aku lebih dari dia mencintai aku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini...

No comments:

Post a Comment