Monday, January 17, 2011

wahai muslimah...sggpkah kamu menerima llki ini seadanya....??

Identiti lelaki ini dirahsiakan tapi dia wujud di dalam planet ini.

Lelaki ini berasal drpd keluarga yang bermasalah. Ibu bapanya telah bercerai semasa dia masih lagi bersekolah lagi. Ayahnya tidak pernah solat dan masih lagi tidak solat sehingga sekarang, hanya ibunya yang mengajar dia solat, tapi itupun ketika umur sudah hampir akil baligh. Dari segi bacaan Quran, dia diajar oleh neneknya ketika usia hampir akil baligh juga. Pada mulanya, dia rajin solat 5 waktu, namun disebabkan keluarganya yang sebegitu, dia tidak pernah solat dan membaca Quran sehinggia dia akil baligh dan mencecah umur 16 tahun. Senang cerita, kisah silam dia dipenuhi dengan kejahilan. Dia tidak pernah pergi ke sekolah agama dan hanya belajar agama di sekolah biasa.

Ibunya pada asalnya bersolat, kini tidak bersolat sehingga sekarang kerana kecewa dengan sikap suaminya dan seperti berputus asa kepada Allah. Ibu bapa lelaki ini bercerai setelah ayahnya berhenti kerja tanpa sebab. Ibunya berpindah ke tempat lain dan dia tinggal bersama ibunya. Ayahnya juga tidak memberi nafkah yang sepatutnya kepada isteri dan anaknya. Akhirnya ayahnya tidak bekerja, hanya duduk di rumah menonton television and bermain komputer, segala duit simpanannya digunakan untuk menanggung hidupnya seorang.

Lelaki itu kini sudah berumur lebih kurang 20 tahun dan sedang menuntut di universiti. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, semasa 16 tahun atau tingkatan 4 dan 5, lelaki ini diberikan hidayah oleh Allah dan kembali bersolat 5 waktu sepenuhnya. Dia juga mula membaca Quran dah akhirnya dapat khatam Quran sejurus kemudian. Lelaki ini juga mula berjinak untuk bersolat sunat dan memperolehi ilmu agama. Ketika waktu itu, lelaki itu pernah mengajak ibu bapanya untuk bersolat, tetapi mereka enggan. Malah, ibu bapanya seperti tidak suka dan cepat naik angin. Mereka bersifat panas baran dan tidak mahu mendengar nasihat lelaki itu. Akhirnya, dia memberhentikan seketika dakwah yang hendak disampaikan kepada ibu bapanya kerana dia masih memerlukan pertolongan mereka, dari segi nafkah dan tempat tinggal.

Ibunya juga telah berjumpa dengan seorang boyfriend baru ketika lelaki ini sudah habis sekolah dan SPM. Tetapi malangnya, boyfriend baru ini juga tidak bersolat 5 waktu. Bukan setakat itu, tetapi ibunya kerap keluar dengan boyfriend tu dan boyfriendnya selalu datang ke rumah, kekadang mereka berdua-duaan. Lelaki ini sungguh kecewa dengan kemungkaran yang dilakukan oleh ibunya, dia pernah try untuk menegur ibunya, tetapi dia dimarah oleh ibunya. Boyfriend lelaki itu sudah mempunyai seorang isteri lain dan lelaki ini sungguh risau dengan hubungan ibunya itu. Sudah bertahun-tahun mereka bercouple, tetapi ibunya tidak pernah berkahwin dengan lelaki itu, tapi mereka selalu keluar bersama. Lelaki ini risau dan tidak mampu mencegah maksiat yang dilakukan oleh ibunya.

Lelaki ini tidak pernah berkongsi masalah keluarga dengan rakan2nya. Hanya beberapa yang tahu. Tapi mereka tidak begitu mengendahnya, biasalah laki. Lelaki ini jarang keluar rumah dan lepak2 di luar, dia hanya akan keluar rumah untuk membeli barang2 keperluan bersama ibunya atau mempunyai hal2 mustahak dan urusan yang hendak disetelkan. Senang cerita, tidak ramai wanita yang mengenalinya. Lelaki ini juga jrg menyertai apa2 aktiviti dakwah atau program, jika ada ceramah agama dia akan pergi, tetapi aktiviti2 dakwah yang melibatkan orang2 yg kuat agama, dia merasa malu dengan zaman silamnya. Dia pernah menyertai kem2 seperti ini. Tapi hatinya kecewa, kerana banyak ilmu agama yang masih dia tidak ketahui dan dia berasa jahil. Dia cuba yang terbaik untuk tambahkan ilmu agamanya, dia membeli buku2 agama untuk dibaca agar ilmunya dapat bertambah.


Pada usia sebegini, menjadi sesuatu yang normal bagi seorang lelaki untuk mempunyai nafsu dan perasaan terhadap wanita. Lelaki ini begitu tertarik sekali dengan muslimah2 yang bertudung labuh dan alim. Lelaki ini ingin sekali mempunyai seorang isteri yang solehah. Dia ada juga mempunyai beberapa orang kenalan yang telah berkahwin dan bertunang pada usia muda dan awal. Kesemua mereka ini datang drpd keluarga yang bagus, ini memudahkan proses pertunangan dan pernikahan mereka kerana ibu bapa mereka saling berkenalan dan memahami kehendak anak2 mereka. Apabila melihat faktor ini, lelaki ini berasa sedih kerana keluarganya tidaklah seberapa dibandingkan dengan keluarga mereka. Ibu bapanya tidak bersolat, malah ibunya kini sedang couple dan belum lagi berniat untuk berkahwin. ibu bapanya juga jenis panas baran dan cepat naik angin. Jika diungkitkan isu duit kepada ibunya, mesti ibunya akan melenting dan marah2 kerana kekurangan wang. Ibunya juga sering menyalahkan takdir. Jadi bagi lelaki ini, isu perkahwinan merupakan isu yang sukar, dia merasakan bahawa dia perlu kahwin lambat kerana kekurangan duit. 

Tetapi lelaki itu yang tidak pernah bercinta dengan mana2 wanita, kini dalam dilema dan kesengsaraan, kerana dia mempunyai perasaan terhadap wanita, dia ingin berkahwin dan mengelakkan zina. Dia tidak tahan melihat kawan2 dan rakan2 sekelilingnya yang terlibat dengan budaya couple, cinta sana cinta sini dan tidak kurang juga yang berkahwen awal. Dia merasa amat tertekan. Lelaki ini memerlukan seorang wanita solehah yang boleh memberi support kepada dia dan bersama2 berdakwah kepada keluarganya, tetapi lelaki ini sedar akan kesusahan untuk mencari wanita2 seperti ini. Isu mencarinya bukan masalah yang besar, masalah yang besar bagi lelaki ini ialah faktor keluarganya. Bagaimanakah keluarga wanita tersebut dapat menyesuaikan diri dengan keluarganya? Sanggupkah wanita tersebut menerima lelaki itu dan keluarganya? Berhadapan dengan ibu bapanya yang bercerai? Berhadapan dengan ibu bapanya yang tidak bersolat? Berhadapan dengan ibu bapanya yang panas baran dan cepat melenting? Sanggupkah wanita itu bersabar menghadapi semua ini? Sanggupkah keluarga wanita itu menerima keluarga lelaki ini? Lagi2 jika keluarga wanita tersebut mempunyai background agama yang bagus.

Lelaki ini sedang berada dalam dilema, dia sedang belajar, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, dia mempunyai nafsu terhadap wanita, dia tahu bahawa couple itu tidak dibenarkan dalam Islam, hanya perkahwinan yang dibenarkan, dia tahu bawah sebaik2nya dia habis belajar dan bekerja sebelum berfikir utk berkahwin, tetapi jika dia sudah bekerja dan mempunyai duit yang cukup, bagaimana jika ibu bapanya masih dalam keadaan yang sama? Bagaimana dengan isu perkahwinan?


Sanggupkah anda wahai muslimah2 sekalian menerima lelaki ini sebagai suami anda? Sanggupkah anda menerimanya setelah mengetahui masa silamnya dan masalah keluarganya? Sanggupkah anda berkorban dan hidup bersusah-payah dan mempunyai masalah kewangan? Sanggupkan anda menerima leteran dan sikap panas baran ibu bapa lelaki lelaki ini? Melihat mereka langsung tidak bersolat, langsung tidak membaca Quran? Sanggupkah anda? Sanggupkah keluarga anda?

No comments:

Post a Comment