Saturday, May 14, 2011

LELAKI PELINDUNG WANITA (♥)(♥)(♥)




Dalam permasalahan isu buang bayi yang semakin banyak sehingga ke hari ini, masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja.
“Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi”. Kita sering melupakan bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh “ayah” yang tidak bertanggungjawab. Maka seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al Quran;

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…”
(Surah al-Nisa’, 4:34).


Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.
Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?
Bukannya untuk menyalahkan lelaki atau perempuan, namun untuk kita merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan kepada lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifar proses. Lihatlah, Allah Yang Maha Bijaksana mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini. Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah;
  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..”
(At-Tahrim, 66:6)





Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang “benih” yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.
Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin? Adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau cadangan. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.
“Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga”.
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak”
(Surah Al- Araf:189)
Wallahualam.

Dosa Gugur Apabila Suami dan Isteri Bersalaman...




RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:
“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hinggaia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang, segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.






Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.



Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami…
WALLAHULAM.

Dosa Gugur Apabila Suami dan Isteri Bersalaman...

Bernikah Di Usia Muda



Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam dan satu-satunya layak untuk disembah. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.
Menangguh-nangguh untuk bernikah akan menyebabkan kerugian.
Berikut adalah penjelasan dari ulama besar Saudi Arabia, Syeikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan yang dipetik dari Web Sahab.net untuk dijadikan panduan kepada kita semua.

Faedah pertama: Hati semakin tenang dan sejuk dengan adanya isteri dan anak
Di antara faedah bernikah awal adalah lebih mudah menghasilkan anak yang dapat menyejukkan jiwa. Allah Ta’ala berfirman,
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (Al Furqan: 74)
Isteri dan anak adalah penyejuk hati. Oleh kerana itu, Allah SWT menjanjikan dan mengabarkan bahawa bernikah dapat membuat jiwa kita semakin tenteram. Dengan bernikah, seorang pemuda akan merasakan nikmatnya ketenangan.
Demikian pula dengan anak. Allah pun mengkhabarkan bahawa anak adalah separuh dari perhiasan dunia sebagaimana firman-Nya,
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (Al Kahfi: 46)
Anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Setiap manusia pasti  menginginkan perhiasan yang menyejukkan pandangan. Manusia begitu suka mencari harta dan manusia juga berasa senang jika memperolehi anak.
Sedangkan untuk kehidupan akhirat, anak yang soleh dan solehah akan terus memberikan manfaat kepada kedua orang tuanya, sebagaimana Nabi SAW bersabda,
Jika manusia itu mati, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara:
[1] ilmu yang bermanfaat,
[2] sedekah jariyah,
[3] anak sholih yang selalu mendoakannya.”
Hal ini menunjukkan bahawa anak  memberikan faedah yang amat besar dalam kehidupan dunia dan juga setelah kematian kita.
Faedah kedua: Bernikah akan meningkatkan bilangan umat Islam.
Bersegera menikah juga lebih mudah memperolehi anak, sehingga umat Islam pun akan bertambah banyak. Oleh kerana itu, setiap manusia dituntut untuk bernikah demi membentuk masyarakat Islami. Rasulullah SAW bersabda :
Menikahlah umatku. Kerana aku begitu bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat.
Ini bermakna menyegerakan untuk bernikah memiliki manfaat dan kesan yang luar biasaWalaubagaimanapun, beberapa persoalan sering timbul jika berkahwin di usia muda.
Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda akan membuat lalai dari mendapatkan ilmu dan menyulitkan dalam belajar. Ketahuilah, rintangan seperti ini tidak benar sama sekali. bahkan sebaliknya. Kerana bersegera menikah memiliki keistimewaan iaitu lebih mudah merasa ketenangan jiwa. Ketenangan ini akan menjadi penyejuk jiwa dan dengan adanya isteri dan anak, ianya akan dapat lebih membantu seseorang untuk mendapatkan ilmu. Jika jiwa dan pemikirannya telah tenang oleh kerana isteri dan anak berada di sampingnya, maka ia akan semakin mudah untuk mendapatkan ilmu.


Jika seseorang yang belum bernikah, maka pada hakikatnya dirinya terus terhalang untuk mendapatkan ilmu. Fikiran dan jiwanya masih kurang merasakan ketenangan, maka ia pun sukar mendapatkan ilmu. Namun jika ia bersegera menikah, lalu jiwanya tenang,  maka ini akan lebih akan menolongnya. Inilah yang memudahkan seseorang dalam belajar dan tidak seperti yang dinyatakan oleh segelintir orang.
Rintangan kedua:
Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda dapat membebani seorang pemuda dalam mencari nafkah untuk anak dan isterinya. Rintangan ini pun sebenarnya tidak boleh diterima. Pernikahan akan sentiasa membawa keberkatan (bertambahnya kebaikan) dan akan membawa kepada kebaikan. Bernikah bererti melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Seorang pemuda yang bernikah bererti telah menjalankan perintah Rasulullah SAW. Dia  juga mencari janji kebaikan dan membenarkan niatnya, maka inilah yang sebab datangnya kebaikan untuknya. Ingatlah, semua rezeki itu di tangan Allah sebagaimana firman-Nya,

“ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” (Hud: 6)

Jika engkau menjalani nikah, maka Allah akan memudahkan rezeki untuk dirimu dan anak-anakmu. Allah Ta’ala berfirman,

Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (Al An’am: 151)







Dengan ini, dapatlah kita tahu bahawa bernikah sebenarnya tidaklah membebani seorang pemuda sebagaimana anggapan sebelum ini bahawa bernikah dapat membebani seorang pemuda di luar kemampuannya. Ini tidak benar. Kerana dengan menikah, kita akan semakin mudah unutk mendapatkan kebaikan dan keberkatan hidup. Menikah adalah ketetapan Allah untuk manusia yang seharusnya mereka jalani. Ia bukan semata-mata khayalan. Menikah juga merupakan salah satu pintu yang mendatangkan kebaikan bagi siapa yang benar niatnya.
Wallahualam